Sejarah SMK Sri Andalas Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Sri_Andalas

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas telah ditubuhkan pada bulan Disember,1994.

Ianya bermula dengan 8 buah kelas iaitu Tingkatan Peralihan{3 Kelas} dan Tingkatan satu{5 Kelas} dengan tenaga pengajar seramai 16 orang, kakitangan sokongan 4 orang dan 325 orang pelajar.

Nama sekolah diambil sempena lokasi sekolah yang terletak dalam kawasan sebuah taman perumahan yang bernama Taman Sri Andalas.

Ketika di awal punubuhan, sekolah ini telah berkongsi kemudahan bangunan dengan sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas yang terletak di sebelah.

Bangunan sekolah ini telah disiapkan sepunuhnya dan mula digunakan pada 6 Januari,1997.